Sunday, June 29, 2008

Utusan tells Malays to blow themselves up like terrorists

Read this article from the journalistic equivalent of a noisy retard that won't shut up... yes, Utusan Malaysia. I'll add some comments tomorrow. It's late and I won't sacrifice sleep for the sake of racist morons who somehow think they are the 'tuans' when they are no more than beggars and thieves.

Orang Melayu perlu berani pertahankan hak
Saturday, 28 June 2008 06:26am
Utusan Malaysia (as reproduced by The Bar Council)
Oleh Azmi Md Deros


AGENDA pembangunan Melayu tetap relevan sampai bila-bila. Selagi wujudnya bangsa Melayu, selagi itulah semangat ini harus didukung sepenuhnya oleh parti politik yang dianggotai orang Melayu.

Dalam hal ini, Melayu sendiri yang perlu memperjuangkan nasib dan masa depan bangsanya. Mereka tidak boleh menyerahkannya kepada orang lain kerana mereka juga mempunyai agenda sendiri yang harus diperjuangkan.

Ketika terlalu ghairah berpolitik, semua parti siasah umat Melayu tidak harus lupa tanggungjawab mereka mempertahankan hak bangsa, budaya, agama dan tanah airnya, selaras dengan tuntutan Islam.

Bagi orang Melayu di Malaysia, kita masih bernasib baik kerana kuasa politik yang menjadi penentu utama perjuangan memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam masih berada di tangan kita, walaupun sudah ada tanda ia sedikit terhakis.

Orang Melayu tidak perlu segan silu atau takut untuk membicarakan hal ini kerana mereka adalah tuan di tanah airnya sendiri. Pada masa sama, bangsa lain pula tidak perlu berasa takut kerana sejarah di negara ini menunjukkan hak mereka tidak pernah dirampas begitu saja dalam usaha kumpulan Melayu cuba memperkukuhkan kedudukan peribumi.

Dasar perjuangan kerajaan, khususnya Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi ialah perkongsian yang melahirkan situasi ‘menang-menang’. Jaminan yang diberikan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa Umno akan terus berpegang kepada perjuangan asas parti, iaitu membela nasib orang Melayu dan pada masa sama, mengambil kira sokongan semua parti komponen BN yang lain, perlu menjadi sandaran.

Tidak dapat dinafikan, Umno sebagai parti yang bercorak kebangsaan sudah banyak membawa kejayaan dalam memperjuangkan hak bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, termasuk menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan sejak 1970-an yang menyaksikan kedudukan orang Melayu dalam pelbagai bidang bertambah baik.

Dasar itu menggariskan hala tuju yang jelas dalam memperkasakan kedudukan bangsa Melayu dalam pelbagai sektor.

Namun, apa yang dibimbangi ialah kekuasaan untuk memperkasakan kedudukan orang Melayu pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac lalu, menjadikan usaha itu sedikit terganggu apabila Umno yang selama ini amat dominan dalam memperjuangkan nasib dan masa depan Melayu tergugat apabila mereka tidak dapat membentuk kerajaan di lima negeri.

Biar pun pada peringkat pusat BN yang diterajui Umno masih membentuk kerajaan, apabila wujud ketidakseragaman pada peringkat negeri akan menjejaskan sedikit sebanyak agenda pembangunan Melayu yang dirangka pada peringkat pusat.

Bagi tokoh akademik yang juga pensyarah Kolej Kerajaan, Undang-undang dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, konsep kesamarataan yang diperjuangkan kerajaan Pakatan Rakyat dikhuatiri boleh menyebabkan orang Melayu akan terus tertinggal daripada arus persaingan kerana kaum berkenaan masih belum mampu bersaing sepenuhnya tanpa diberikan perhatian khusus.

Beliau berkata, di Kedah misalnya negeri yang majoriti orang Melayu, taraf ekonomi bangsa berkenaan masih jauh ketinggalan, berbanding kaum lain, terutama Cina yang menguasai pelbagai sektor perniagaan dan perkhidmatan.

“Sebagai tuan di bumi sendiri, orang Melayu mesti lebih, tidak boleh sama rata. Orang Melayu perlu mencapai tahap gemilang dalam semua aspek, sama ada ekonomi, politik dan pendidikan. Islam juga menuntut umatnya supaya berada pada tahap paling atas supaya dihormati,” katanya.

Apa yang menarik ialah beliau mengumpamakan konsep sama rata sama seperti keadaan tanah yang rata, iaitu ia mudah dipijak sesiapa saja dan itulah akan dialami bangsa Melayu jika prinsip itu didukungi.

“Oleh itu, kita perlu menjadi bangsa yang berada lebih tinggi daripada orang lain supaya kita tidak mudah dipijak. Bila kita berada di atas, akan lebih mudah untuk kita menentukan keadilan kepada orang lain. Selama ini pun kita tidak pernah menindas bangsa lain,” katanya.

Beliau juga mengingatkan bangsa lain supaya tidak mudah melatah dengan perjuangan memartabatkan orang Melayu kerana selama ini belum pernah berlaku hak bangsa lain diambil untuk diserahkan kepada orang Melayu kerana kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap semua kaum.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan Pas Kedah lebih serius dalam menjaga kepentingan bangsa Melayu di negeri itu dan tidak terlalu terikut-ikut dengan slogan atau konsep sama rata dilaungkan rakan mereka, seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Dr Ahmad Atory berkata, Pas yang ahlinya terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam perlu lebih fokus terhadap usaha membangunkan bangsa Melayu selepas mereka mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri kerana jika tidak, masa depan orang Melayu akan terbiar.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Perhimpunan Melayu Kedah (DPMK), Tan Sri Khalid Abdullah, berkata dalam keghairahan orang Melayu mengejar kemewahan melalui apa juga parti politik yang diwakili, mereka perlu mengelak daripada menjadi apa yang kini dialami bangsa Arab.

“Orang Arab amat kaya dari segi ekonomi kerana negara mereka dianugerahkan minyak, tetapi mereka tiada kuasa sehingga terpaksa bergantung kepada pihak lain. Kita harus meminjam semangat pengebom berani mati yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi memastikan tanah air dan agama mereka terbela,” katanya.

Beliau berkata, orang Melayu perlu membuang tabiat hanya mementingkan diri sendiri kerana ia hanya akan menyebabkan bangsa berkenaan tidak dapat bangkit secara total dalam memperjuangkan hak mereka secara menyeluruh.

Penulis ialah Ketua Biro Berita Harian, Kedah

5 comments:

sayadahbosan ULTRA said...

Saudara Sean,

Semangat seperti pejuang berani mati sama juga seperti semangat samurai (Bushido) Jepun. Why are you making a big fuss out of this trivial issue?

Are you insinuating that he is calling the Malays to blow themselves up and take the lives of others?

I am quite amazed by your paste and highlight effort. Thanks in advance.

sean-the-man said...

>>>>>Semangat seperti pejuang berani mati sama juga seperti semangat samurai (Bushido) Jepun. Why are you making a big fuss out of this trivial issue?>>>>>

I don't think so. Bushido is based on honour. Samurai fight 'worthy' opponents in defence or in support of their honour and that of their daimyo.

Suicide bombers are not 'pejuang' or warriors. They are insane terrorists. They target innocents in public places exclusively. Their aim is not honour,.. it's to blow up as many defenseless people as possible in order to sensationalise a statement. They are simply evil.

>>>>>Are you insinuating that he is calling the Malays to blow themselves up and take the lives of others?>>>>>

I'm not insinuating. I am stating the obvious.

What's the intention when someone keeps glorifying up acts of public violence... like waving kerises, warnings about amok, May 13 etc. etc.?

Now we have this chap that says that Malays should emulate terrorist suicide bombers. Emulate their will to give up their lives for their cause?

You tell me. Is he implying that Malays should study so hard and work so diligently until they die, so that they will become a strong race?

Or is he implying that Malays should not rule out violence against non-Malays to ensure that they can 'pijak' the non-Malays?

This should not be dismissed as trivial. We all know how easily the Malays, as a whole, are affected by political rhetoric and perceived attacks on their 'maruah' and 'ketuanan'.

Anonymous said...

aiya. local academic nobody interviewed by a media nobody. everyone knows local academics' professorial appointment letters fit to wipe your backside with only. UUM lagi. can you get more parochial then that?

Anonymous said...

Sean,
U r right .. this is not something trivial.

Why can't the writer asked the malays to acquire more knowledge and work harder to get in par with other races, rather than depending on handouts and subsidies.

STupid !!!

Anonymous said...

it's always these effing rags that seem to be able to print bloody inflammatory exhortations under the guise of editorial comments and nothing is done about it.
Wake up la bloody frickin' component parties of the BN... JUMP now